Carian
FaZe Clan Yang Dulu Bernilai Hampir $1 Bilion, Kini Dijual Pada Harga $17 Juta
October 27, 2023 Aman

FaZe Clan merupakan salah satu jenama memfokuskan penstriman permainan video dan esukan yang telah bermula di YouTube pada 2010. Dengan sokongan komuniti yang kuat, FaZe Clan telah berkembang sedikit demi sedikit, dan mencapai nilai $1 bilion pada 2021 lepas.

Namun, selepas disenaraikan awam melalui bursa Nasdaq, Faze Clan menghadapi cabaran seperti pelbagai syarikat esukan yang lain, dan memperlihatkan kerugian dari tahun ke tahun.

Terbaru, syarikat jenama esukan dan analtik Gamesquare mengumumkan pengambil-alihan Faze Clan pada nilai sekitar $17 juta. Ini boleh dikatakan perbezaan yang sangat jauh jikalau dibandingkan dengan nilai ketika penyenaraian di bursa Nasdaq sekitar $725 juta.

Melalui pengambil-alihan ini, FaZe Clan akan memfokuskan kembali kepada peminat utama mereka, dan beroperasi sebagai syarikat kendiri dibawah Gamesquare. Untuk makluman, Gamesquare turut mempunyai beberapa jenama lain dibawah mereka, termasuk Complexity, Stream Hatchet, serta mempunyai penstrim popular Ninja sebagai “Chief Innovation Officer”.

Komen