Aplikasi Threads dilihat terus dipertingkatkan cirinya dalam menyediakan pengalaman lebih baik buat pengguna. Terbaharu ia bakal muncul dengan kebolehan mempamerkan angka berapa kali sesuatu status yang dimuatnaik dilihat oleh pengguna. Memetik kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi akaun Threads rasmi milik ketua Eksekutif Instagram, Adam Mosseri mengatakan bahawa, ciri itu sedang dalam pengujian buat masa ini.

Tiada pendedahan lanjut mengenai bagaimana ciri ini akan dipaparkan namun dijangka boleh berfungsi sama seperti ciri View Counts di aplikasi X (Twitter) sebelum ini. Ini bermakna pengguna boleh melihat statistik itu secara terbuka, yang dalam konteks lain pula sebenarnya bantu pengguna untuk meneroka topik apa yang menjadi perhatian utama komuniti semasa.

Dalam pada itu aplikasi ini juga dikatakan kelak membolehkan pin sesuatu status pada bahagian atas profil dengan mudah. Pada masa sama, pengguna turut boleh menggunakan ciri itu untuk pin mana-mana komen menarik pada status sekiranya mahu yang mana konsep ini pula dilihat serupa dengan kebolehan pin status pada aplikasi Instagram sebelum ini.
Sekali lagi dikatakan ciri ini masih di peringkat pengujian yang pastinya yang semestinya akan ditambahbaik sebelum diedarkan secara rasmi kelak.