Maxis hari ini mengumumkan kemaskini harga baharu untuk pakej jalur-lebar mereka. Melalui kemaskini ini, pengguna boleh menikmati harga serendah RM89 sebulan untuk 100Mbps. Disamping itu, Maxis juga kini menawarkan pakej berkelajuan 1Gbps dan 2Gbps.
Kemaskini harga baharu oleh Maxis ini hadir selari perubahan harga MSAP. Sebelum ini, Telekom Malaysia dan CelcomDigi turut telah mengumumkan kemaskini pada harga penawaran mereka bagi pakej jalur-lebar.

Berikut merupakan harga baharu untuk pakej jalur-lebar Maxis:
- 100Mbps – RM99 sebulan (RM89 sebulan harga promosi)
- 300Mbps – RM139 sebulan (RM129 sebulan harga promosi)
- 500Mbps – RM159 sebulan (RM149 sebulan harga promosi)
- 1Gbps – RM249 sebulan
- 2Gbps – RM319 sebulan
Maxis menyatakan pengguna sedia ada akan menerima naik-taraf kelajuan internet mereka secara percuma, tanpa sebarang kontrak baharu. Maxis akan mula berkomunikasi dengan pelanggan sedia ada bermula November 2023 ini.