Carian
Manfaatkan Fungsi Rakaman Malam & Space Zoom Pada Samsung Galaxy S23 Ultra Anda
October 27, 2023 Ikhwan Nazri

Tahun ini berbaki kurang dari 3 bulan sahaja lagi dan sudahkah anda memiliki peranti baharu yang dilancarkan pada tahun ini? Jika jawapan anda belum lagi, anda masih tidak terlambat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S23 Ultra yang dilancarkan pada awal tahun ini kerana ia mengungguli carta peranti terbaik kami sehingga bulan September 2023, sewaktu artikel ini ditulis.

Ini kerana, selain ia kaya dengan pelbagai fungsi, termasuklah dilengkapi S Pen, ia juga mempunyai dua fungsi yang mengasingkan peranti ini dengan yang lain, iaitu keupayaan fungsi rakaman malam yang baik, dan juga fungsi zum jauh Space Zoom yang membolehkan objek yang tersangat jauh dirakam, tanpa sebarang kekurangan pada kualiti rakaman tersebut. Kedua-dua ciri penting pada fungsi kamera Samsung Galaxy S23 Ultra ini boleh menjadi sebab utama untuk anda memiliki peranti ini, jika anda fokus untuk fotografi.

Ciri Rakaman Malam Nightography Samsung Galaxy S23 Ultra Yang Ditambah-Baik.

Jika anda kerap merakam gambar siang, tetapi was-was atau malas untuk merakam gambar malam kerana peranti yang anda ada sekarang kurang kualitinya, fungsi rakaman malam, atau apa yang Samsung kerap gelarkan sebagai Nightography telah ditambah baik pada Galaxy S23 Ultra. Ini kerana pada model baharu ini mereka telah meletakkan sensor 200MP Adaptive Pixel yang menggunakan teknologi pixel-binning bagi memproses imej beresolusi tinggi secara serentak, dan menggabungkan kesemua hasil tersebut, menghasilkan imej berkualiti tinggi meskipun dalam keadaan kurang pencahayaan. 

Dengan kekuatan sensor ini juga, anda tidak harus risau apabila merakam gambar swafoto meskipun dalam keadaan yang malap, dan ini sesuai dalam situasi seperti menghadiri acara diwaktu malam, atau berada dalam bangunan yang tidak banyak sumber pencahayaan lain. Malah anda juga dapat merakam swafoto anda secara Super HDR Selfie kerana tiada sebarang kekurangan perincian, atau ‘noise’ gambar yang dapat dilihat, berkat dari pemprosesan yang dibantu kecerdasan buatan oleh Samsung. 

Kekuatan Space Zoom – Zum objek jauh sehingga 100X

Adakah anda gemar merakam gambar bulan? Atau gemar merakam benda yang, mungkin terlalu jauh tidak dapat anda dekati. Ini semua tidak menjadi masalah dengan peranti yang menyokong zum jarak jauh dan Samsung dari dahulu lagi telah memperkenalkan fungsi Space Zoom mereka yang dapat merakam objek dari jauh dengan sangat baik.

Ini dijayakan dengan adanya 10x Dwi Optikal Zum yang menggunakan dua lensa optikal, dan hasil gabungan pengimejan ini menjayakan gambar zum jauh yang berkualiti tinggi. Malah ia turut menambah baik kualiti gambar yang dirakam sekiranya pengguna berhasrat melakukan 100x zum menggunakan fungsi Super Resolution Zoom. Oleh itu gambar bulan, gambar mural dinding bangunan walaupun berada jauh lebih tinggi, dapat dirakam dengan baik sekali. 

Dan sekiranya anda turut memiliki jam pintar siri Galaxy Watch6, anda boleh meletakkan telefon Galaxy S23 Ultra anda dimana sahaja yang anda inginkan, dan merakam dan mengawalnya dari jam pintar tersebut. Ini sekaligus memudahkan proses ‘framing’ untuk anda, membolehkan anda berkarya tanpa batasan.

Jelas sekali, dengan Samsung Galaxy S23 Ultra anda dapat memanfaatkan pelbagai ciri-ciri yang telah ada, dan lebih-lebih lagi dengan fungsi Space Zoom yang dapat melakukan zum jarak jauh dan juga fungsi rakaman malam Nightography yang lebih baik, membolehkan anda merakam gambar dan bereksperimen dengan sebarang subjek baharu dalam dunia fotografi. 

Samsung Galaxy S23 Ultra dijual pada harga RM 5,699 untuk model dengan storan 256GB | 12GB RAM, dan pada harga RM 6,199 untuk model dengan storan 512GB | 12GB RAM. Untuk masa terhad sehingga 31 Oktober 2023, anda juga akan menerima jam pintar Galaxy Watch4 untuk sebarang pembelian Galaxy S23 Ultra, sementara stok masih ada. Anda juga boleh melakukan tukar-beli dan menerima rebat diskaun RM 600 dan juga 1 mata ganjaran Samsung Rewards yang boleh digunakan untuk program ganjaran mereka.

Beli: Samsung Galaxy S23 Ultra

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen