Terdapat beberapa aplikasi memfokuskan kepada pengurusan kewangan peribadi di pasaran hari ini. Salah satunya adalah yang dibangunkan pembangun tempatan, dinamakan Belanjawan.

Belanjawan ditawarkan percuma untuk pengguna di Android dan juga iPhone. Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh merekodkan pelbagai perbelanjaan harian, rekodkan pendapatan, sekaligus membandingkan dan menguruskan perbelanjaan anda.
Ia juga menawarkan beberapa ciri lain seperti kebolehan mengimport data ke dalam bentuk PDF, atau membuka perancangan simpanan untuk masa hadapan.

Aplikasi ini telah ditawarkan sejak sebelum ini, dan baru-baru ini pembangunnya meraikan pencapaian sebanyak 40,000 pengguna yang menggunakan aplikasi Belanjawan ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store, dan menggunakannya dalam menguruskan perbelanjaan harian peribadi anda.