Carian
Maybank Akan Menguatkuasa Penggunaan Secure2u Sepenuhnya Untuk M2U Biz Bermula 26 November
October 28, 2023 Aman

Pada hari ini, Maybank sedia mengaktifkan penggunaan Secure2u untuk semua pengguna awam, dan akan diperlukan untuk mengaktifkan penggunaan baharu melalui mesin ATM. Kini, selain akaun simpanan peribadi, Maybank turut akan menguatkuasa penggunaan Secure2u untuk pengguna M2U Biz App bermula 26 November 2023.

Selepas tarikh berkenaan, pengguna M2U BIz hanya boleh mengesahkan sesuatu transaksi menggunakan Secure2u sahaja.

Pengguna M2U Biz diminta mengaktifkan ciri Secure2u melalui aplikasi M2U Biz terkini yang tersedia pada Apple App Store dan juga Google Play Store.

Komen