Pada hari ini, Apple dan Huawei sedia menambah sokongan komunikasi satelit untuk tujuan kecemasan melalui telefon pintar mereka, untuk digunakan apabila tiada sebarang sambungan selular atau WiFi pada peranti. Selain kedua-dua pengeluar ini, kini Samsung turut mengesahkan akan menambah ciri berkenaan pada Galaxy S24 kelak.
Perkara berkenaan disahkan oleh eksekutif Samsung, menyatakan Galaxy S24 akan hadir pada awal tahun 2024 dengan ciri berkenaan.

Ini sekaligus akan memudahkan pengguna peranti Samsung untuk berkomunikasi ketika kecemasan, terutamanya ketika berada di luar kawasan seperti dalam hutan, di tengah lautan, dan sebagainya.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan memperluaskan ciri berkenaan dengan keupayaan menghantar mesej atau tidak. Rakan kerjasama untuk satelit juga belum diumumkan buat masa ini.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang disediakan Samsung melalui telefon mercu baharu mereka kelak.