Threads mula memberikan sokongan GIF dan melakukan bancian minggu lalu. Kelak dalam masa terdekat Threads akan menawarkan pula API yang membuka pintu kepada penghasilan aplikasi pihak ketiga dan juga memudahkan berita diterbitkan pada platform seakan Twitter ini.

Adam Mosseri memberikan pengesahanan API akan ditawarkan dalam status yang dimuat naik hujung minggu lalu. Ia jawapan kepada pertanyaan pengguna yang inginkan aplikasi seakan Tweetdeck untuk Threads. Beliau walau bagaimanapun mengatakan terdapat kerisauan apabila API ini ditawarkan, Threads akan dipenuhi dengan kandungan daripada penerbit besar dan bukannya penghasil kandungan.
Sejak dari awal Threads tidak mahu menjadi platform untuk berita dan kandungan masa nyata. Ini berikutan pelbagai isu yang dihadapi oleh Twitter yang menawarkan kandungan yang sama. Bagi mengelakkan isu melanggar undang-undang mengenai berita palsu atau yang berkaitan perkauman, Threads enggan memberikan tumpuan kepada berita sehinggalah sekarang.