Menteri Komunikasi dan Digital kini berkongsi menyatakan liputan rangkaian 5G di negeri Sabah kini menghampiri angka 50% kawasan berpenduduk. Disamping itu, liputan rangkaian 4G pula dikatakan telah mencapai lebih 90% kawasan berpenduduk di Sabah setakat 30 September 2023 lepas.

Ia turut ditekankan yang mana proses naik-taraf menara sedang giat dilakukan, termasuk pembinaan stesen dan menara pemancar baharu.
Disamping itu, kerajaan juga aktif dalam membangunkan PEDi (Pusat Ekonomi Digital) dalam memudahkan komuniti setempat hadir dan menikmati akses internet dengan mudah. Setakat ini, terdapat 118 PEDi di Sabah, dan 14 lagi PEDi bakal dibangunkan dalam masa terdekat.