Doogee terkenal dengan pelbagai peranti tahan lasak yang kebanyakannya bersaiz besar. Namun lain pula ceritanya dengan sebuah telefon baharu Doogee Smini yang dilancarkan dengan tubuh bersaiz kompak dan kecil sebesar 4.5-inci. Ini digabungkan pula dengan tubuh tahan lasak seberat 155-gram dan diperakui kalis air IP68/IP69K.
Skrin adalah sejenis IPS LCD dengan resolusi 1170 X 480 piksel dan kepadatan piksel 281 PPI. Dalam masa sama terdapat juga skrin sekunder kecil di belakang yang boleh memaparkan masa, tahap bateri, suhu dan kelembapan. Seterusnya cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB pula digunakan sebagai tunjang utama.
Turut disertaka ialah kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Bateri 3000mAH disertakan juga boleh dicas melalui port USB-C dengan sistem pengecasan 18W. Lain-lain spesifikasi termasuk NFC, bicu audio 3.5mm dan menjalankan Android 13.