Carian
Oppo A79 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
October 30, 2023 Amy Maizuraa

Oppo A79 telah diumumkan pada minggu lalu sebagai sebuah peranti kelas petengahan 5G baharu. Ia juga menjai kesinambungan untuk Oppo A78 5G sebelum ini dengan beberapa perubahan kecil.

Berkongsi lebih lanjut peranti sebenarnya sudah melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia sejak 4 Oktober lalu. Ia telah didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd dengan kod nama CPH2557 (OPPO A79 5G). Perkara ini sekaligus memberi petunjuk bahawa peranti boleh dijangka tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

Kemudian tetap menjadi tanda tanya ialah perkakasan dalamannya. Namun sekiranya sama seperti sebelum ini cip MediaTek Dimensity 6020 boleh digunakan sebagai tunjang utama. Kemudia diikuti juga dengan skrin IPS LCD 6.72-inci, kamera 50MP dan bateri 5000mAh.

Komen