Telegram hari ini memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka, dan memfokuskan kepada ciri membalas dan memetik mesej pada perkhidmatan permesejan mereka. Telegram menamakan pengenalan ciri baharu ini sebagai Replies 2.0.
Melalui kemaskini baharu, kini Telegram memaparkan mesej yang dipetik melalui warna yang berbeza untuk memudahkan pengguna membezakan mesej yang dipetik dan mesej yang ditulis seseorang pengguna.
Disamping itu, kini pengguna boleh memilih sebahagian teks sahaja untuk dipetik, dan bukannya keseluruhan mesej. Ini sekaligus menjadikan proses komunikasi dengan lebih baik lagi.
Kemaskini baharu juga memberikan lebih kawalan kepada pengguna bagaimana sesuatu pautan dipratontonkan pada aplikasi permesejan berkenaan. Pengguna boleh memilih saiz imej yang dipratonton dan mengawal kedudukan pautan dengan mudah melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baharu yang disertakan ini.