Carian
Western Digital Dipecah Dua Menjadi Syarikat HDD Dan Memori Flash Berasingan
October 31, 2023 Effi Saharudin

Western Digital semalam mengumumkan mereka akan memisahkan perniagaan storan HDD dan storan memori flash menjadi dua syarikat berasingan. Tindakan diambil selepas rancangan bergabung dengan Kioxia tidak diteruskan selepas menerima tentangan daripada pemegang saham mereka SK Hynix.

Syarikat mengalami masalah selepas harga memori flash jatuh menjunam pasca pandemik disebabkan oleh permintaan yang berkurangan. Pasaran kini mempunyai lambakan memori yang terpaksa dijual pada harga lebih rendah. Ini merupakan isu yang sama dihadapi oleh Samsung sejak awal tahun ini.

Menerusi gabungan dengan Kioxia sebuah syarikat daripada Jepun, Western Digital ingin menubuhkan syarikat yang menguasai 1/3 pasaran memori flash bagi mengawal harga. SK Hynix sebagai pelabur di dalam Kioxia menentang penggabungan ini kerana akan menjejaskan perniagaan memori mereka.

Komen