John Chen yang menerajui BlackBerry sebagai CEO sejak 2013 yang lepas, kini mengumumkan akan meninggalkan jawatan berkenaan pada 4 November 2023 kelak. Dibawah beliau, John Chen telah berusaha mengekalkan operasi syarikat BlackBerry yang dahulunya popular, tetapi mengalami kejatuhan sejak kehadiran iPhone dan telefon Android.

Dibawah John Chen, perniagaan telefon pintar BlackBerry dicuba nasib dengan penggunaan sistem operasi Android, tetapi ia ditamatkan sekitar 2016. Selepas itu, BlackBerry memfokuskan kepada penawaran perusahaan dan juga penawaran sekuriti, serta peranti berhubung. BlackBerry juga sedia terkenal dengan penawaran QNX dalam arena automotif.
John Chen mengatakan syarikat kini stabil, dan akan meninggalkan syarikat BlackBerry. Beliau akan digantikan dengan Richard Lynch sebagai CEO sementara selepas beliau.