Vivo Melancarkan Fon Telinga TWS Air2 Dengan Bateri 30 Jam
Amy Maizuraa
Vivo telah memperkenalkan fon telinga baharu menerusi TWS Air2. Ia mempunyai tubuh yang ringan dengan rekaan jenis fon telinga separa terbuka. Ini digabungkan pula dengan pod pengecas bujur berwarna biru dan putih.

Sepasang pemandu audio 14.2mm digunakan dengan kemampuan audio panorama 3D dan stereo DeepX 3.0. Selain itu terdapat juga sistem pembatalan hingar berasaskan AI untuk panggilan lebih jelas. Kemudian digabungkan juga dengan sokongan khusus MonsterSound eSports dan mod latensi rendah 55ms untuk pengalaman permua lebih baik.

Tambatan peranti pula menerusi bluetooth 5.3, yang juga menyokong sambungan dua peranti serentak. Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 30 jam, di samping turut diperakui dengan penarafan IP54 yang menjadikannya kalis habuk dan air. Harga jualan ialah RMB129 (~RM84) seunit.