Huawei Nova 11 SE telah dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai sebuah peranti pertengahan 4G baharu. Seperti kebanyakan peranti Nova yang lain gabungan ciri-ciri yang praktikal dan rekaan elegan masih digunakan di sini.

Huawei Nova 11 SE dilengkapi dengan skrin OLED sebesar 6.67-inci dengan resolusi FHD+ 2400 X 1080 piksel. Butiran mengenai cip pemprosesan sekali lagi menjadi tanda tanya namun dikatakan dijana dengan Snapdragon 680. Sekaligus menjadikannya sebuah peranti yang menyokong LTE sahaja.

Ini digabungkan juga dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Bateri 4,500mAh disertakan boleh dicas menerusi port USB-C dan pengecasan pantas 66W. Kamera utama terdiri dengan 108MP + 8MP + 2MP dan swafoto pula sebesar 32MP.

Lain-lain spesifikasi termasuk menjalankan HarmonyOS 4.0, bluetooth 5.0, NFC dan dual SIM. Harga jualan adalah bermula RMB1999 (~RM1,301) dengan pilihan warna hitam, hijau serta putih.