Carian
Kerusi Gaming Cooler Master Caliber X2 Edisi Street Fighter 6 Mula Dijual Pada Harga RM1599
October 31, 2023 Nazrin

Cooler Master ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi apabila bercakap mengenai aksesori, perkakasan dan juga perabot gaming. terkini, Cooler Master Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk kerusi gaming Cooler Master Caliber X2 edisi Street Fighter 6.

Kerusi gaming Caliber X2 ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada logam yang tahan lasak, dan menggunakan memory-foam untuk tempat duduk yang sangat selesa. Ia juga dilitupi dengan kulit sintetik PU yang tidak menyerap peluh dan kotor walaupun anda duduk diatas kerusi ini untuk jangka-masa lama.

Ia juga mempunyai tempat merehatkan lengan yang boleh dipusing 360 darjah dan diubah ketinggiannya, manakala tempat rehat belakang boleh dibaringkan 180 darjah sekiranya anda mahu menggunakan kerusi ini sebagai tempat tidur sebentar. Satu lagi keunikan kerusi ini juga ialah ia hadir dengan tempat pemegang minuman yang besar.

Keunikan model Caliber X2 yang dibawa masuk oleh Cooler Master Malaysia ialah ia tampil dengan rekaan grafik watak-watak dari permainan Street Fighter 6, yang termasuklah Ryu, Chun-Li dan juga Luke.

Cooler Master Malaysia mengatakan bahawa kerusi gaming Caliber X2 edisi Street Fighter 6 ini sudah mula ditawarkan oleh kedai-kedai pengedar aksesori Cooler Master dan dijual pada harga RM1599.

Komen