Carian
Artis Gagal Menyaman Midjourney Dan Stable Diffusion Yang Didakwa Melanggar Harta Intelek
October 31, 2023 Effi Saharudin

Pada Januari lalu, tiga orang artis menyaman Midjourney, Stability AI, dan DeviantArt kerana didakwa melatih kecerdasan buatan (AI) generatif yang menjana imej menggunakan karya mereka. Kerana kebenaran tidak pernah diminta, ketiga-tiga syarikat ini berhadapan saman kerana didakwa melanggar harta intelek artis.

Tetapi Hakim William Orrick menyebelahi Midjourney, Stability AI, dan DeviantArt kerana mengatakan artis yang memfailkan sama gagal membuktikan karya yang dijana AI Midjourney, Stable Diffusion, dan DeviantArt Dream Up menyerupai karya artis asal. Hakim juga mengatakan dua daripada artis yang tidak memfailkan tanda dagang pada karya milik mereka membuatkan tiada pelanggaran harta intelek berlaku.

Ini adalah kes pertama memihak kepada pembangun AI. Terdapat beberapa lagi kes saman difailkan yang melibatkan OpenAI yang didakwa melatih ChatGPT menggunakan karya penulis terkemuka seperti George R R Martin dan John Grisham.

Komen