Carian
Kanada Haramkan WeChat Dan Kaspersky Pada Peranti Penjawat Awam
October 31, 2023 Effi Saharudin

Kanada hari ini mengharamkan aplikasi WeChat dan Kaspersky daripada dipasang pada peranti milik penjawat. Risiko privasi dan sekuriti dijadikan alasan mengapa dua aplikasi diharamkan. WeChat dibangunkan oleh Tencent dari China manakala Kaspersky pula berpangkalan di Rusia. Kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang tegang dengan Kanada pada waktu ini.

Pihak Kaspersky mengeluarkan kenyataan kesal dengan tindakan Kanada tanpa perbincangan dilakukan terlebih dengan mereka untuk mendengar sebarang kerisauan mengenai isu privasi. Sementara itu Kementerian Luar Negara China pula mengatakan Kanada mengenakan arahan pengharaman tanpa mengemukakan sebarang bukti terlebih dahulu.

Sebelum ini Kanada telahpun mengharamkan pemasangan aplikasi TikTok pada peranti penjawat awam mengikut langkah Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Australia yang mengatakan aplikasi penstriman video ini digunakan bagi tujuan intipan.

Komen