Cari @ Amanz

Pos Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Galado, dalam penawaran selongsong khas edisi terhad Pos Malaysia x Galado. Melaluinya, sebanyak tujuh reka bentuk unik selongsong telefon pintar disediakan yang boleh dipilih pengguna, termasuk menyesuaikan elemen seperti gambar dan teks padanya mengikut keinginan pengguna.

Pos Malaysia mengatakan ini sebahagian daripada usaha dalam menyokong segmen PKS tempatan. Selongsong edisi terhad ini menyokong siri iPhone 11 sehingga iPhone 15, Samsung S21 sehingga S23, Galaxy Z Flip 3 hingga 5, dan juga Galaxy Z Fold 3 hingga 5.

Ia ditawarkan pada harga RM129 hingga RM149, termasuk kos penghantaran. Anda boleh melakukan pembelian dan tempahan melalui laman rasmi Galado, atau turut melakukan pesanan melalui WhatsApp di 012-303 4640.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd