Alibaba telah mengumumkan model kecerdasan buatan (AI) Tongyi Qianwen 2.0 yang terkini dengan ia mempunyai ratusan bilion parameter. Ini meletakkannya setanding dengan GPT-3 yang mempunyai 175 bilion parameter tetapi jauh di belakang GPT-4 dengan 1.76 trilion parameter yang sekaligus menjadikannya AI paling berkuasa pada waktu ini.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/04/Alibaba-Tongyi-Qianwen-LOGO-950x535.jpg)
Berdasarkan Tongyi Qianwen 2.0, Alibaba telah menghasilkan lapan AI baharu yang menyasarkan penggunaan di sektor kewangan, kesihatan, guaman dan juga hiburan. Model baharu ini diumumkan hanya selepas enam bulan model pertama dilancarkan oleh Alibaba menunjukkan betapa giatkan AI dibangunkan di China.
Model baharu masih dapat dilatih walaupun halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika menyebabkan cip Ai terkini keluaran AMD dan NVIDIA tidak lagi boleh diakses oleh firma teknologi China. Dalam laporan lain, NVIDIA dilaporkan perlu membatalkan pembelian cip AI bernilai $5 bilion kepada syarikat di China untuk tahun 2024 bagi memenuhi garis panduan baharu eksport yang diumumkan sebelum ini.