Carian
Nokia Memfailkan Saman Ke Atas Amazon Dan HP Atas Pelanggaran Hak Cipta Paten
November 1, 2023 Fahim Zahar

Nokia hari ini mengumumkan mereka telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Aamzon dan juga HP atas pelanggaran paten milik Nokia, melibatkan teknologi berkaitan video.

Ini termasuk teknologi melibatkan perkhidmatan penstriman, dan juga peranti penstriman. Nokia menyatakan Amazon melalui peranti penstriman mereka dan juga Amazon Prime Video sedia melanggar sejumlah paten yang dimiliki oleh Nokia. Disamping itu, HP juga turut menggunakan teknologi yang dipatenkan Nokia tanpa kebenaran.

Nokia menyatakan mereka telah cuba berbincang dengan Amazon dan HP untuk beberapa tahun, tetapi kini mereka melihat mungkin mengambil tindakan perundangan adalah kaedah terakhir untuk kedua-dua syarikat ini memberikan respon.

Nokia telah membangunkan teknologi video sejak tahun 1990-an, termasuk teknologi pemampatan video untuk memudahkan penstriman video berdefinisi tinggi. Nokia turut menyatakan mereka turut mencipta teknologi yang membolehkan kandungan dioptimasikan apabila dilihat secara menegak atau melintang pada peranti, selain kebolehan untuk menatal video kehadapan.

Nokia turut menekankan mereka mempunyai pengalaman kajian dan inovasi lebih 30 tahun, dan berharap agar pelbagai syarikat yang menggunakan inovasi yang dibangunkan mereka.

Komen