Carian
Proton S70 Diperlihatkan Dengan Enjin 1.5L Turbo
November 1, 2023 Effi Saharudin

Setelah beberapa bulan diacah, Proton S70 telah diperlihatkan secara rasmi di sebuah acara yang berlangsung di kilang mereka di Tanjung Malim. S70 ialah sedan pertama dilancarkan oleh Proton sejak Persona pada tahun 2016 dan yang pertama juga sejak diambil alih oleh Geely. Kereta sedan empat pintu ini menggunakan rekaan berasaskan Geely Emgrand.

Dari segi spesifikasi kenderaan ini menggunakan enjin 1.5L turbo, hadir dengan beberapa ciri ADAS seperti yang ditawarkan pada siri X50,X70 dan X90 serta sistem transmisi dwi-klac. Tidak seperti X90, enjin yang digunakan bukan dari jenis hibrid dengan bantun motor elektrik. Imej dalaman menunjukkan penggunaan skrin infohibur utama di bahagian tengah yang besar dan skrin paparan pemandu yang digital sepenuhnya.

Pratempahan boleh dilalukan sekarang dengan membayar RM500 sahaja. Acara prebiu untuk orang ramai melihat sendiri S70 akan dilakukan di seluruh negara bermula 11 November akan datang. Maklumat lebih terperinci mengenai model-model yang akan ditawarkan, harga jualan dan tarikh pelancaran rasmi hanya akan diketahui di masa akan datang.

Komen