SPH Media, salah satu syarikat yang terkemuka di Singapura dalam memfokuskan penerbitan, hari ini mengumumkan akan mengambil-alih Tech In Asia. Tech In Asia merupakan salah satu penerbitan digital yang memfokuskan dunia startup teknologi, di rantau Asia. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.

SPH menyatakan pengambil-alihan Tech In Asia akan mengukuhkan lagi portfolio mereka, terutamanya dibawah The Business Times. Ia dijangka akan meningkatkan nilai Business Times dalam menawarkan pelbagai berita terkini melibatkan dunia startup, perniagaan dan teknologi.
TIA sebelum ini telah ditubuhkan pada tahun 2010. Sebelum ini, ia menggunakan jenama Penn-Olsen sebelum TIA. Selain penerbitan digital, TIA juga turut memfokuskan kepada sejumlah acara melibatkan dunia startup, berpusat di Singapura.