Asus Mengacah Kehadiran ROG Phone 8 Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 3
November 1, 2023
Asus
Aman
Asus melalui akaun Weibo kini dilihat mengacah kehadiran telefon pintar baharu dibawah jenama ROG, menyatakan bakal hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang terbaru.

Walaupun tidak dinyatakan apakah telefon pintar yang akan hadir menggunakannya, ramai menyasarkan ia adalah ROG Phone 8. Namun, dengan kehadiran pengacahan ini, ia dilihat Asus mungkin memperkenalkan siri ROG Phone 8 lebih awal berbanding sebelum ini.
Sebelum ini, ROG Phone 7 telah dipasarkan di Malaysia sejak bulan Mei 2023. Dengan hadirnya imej acah penggunaan cip pemprosesan ini, mungkinkah kita akan melihat ROG Phone 8 diperkenalkan pada suku pertama 2024 kelak?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.