Cari @ Amanz

Selain Honor X9b 5G, peranti boleh pakai baharu Honor Watch 4 turut diumumkan hari ini. Harga jualan di Malaysia ialah RM499 seutas dengan pilihan warna Black dan Gold. Bagi yang berminat ketersediaan adalah bermula 10 November 2023 menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam atau luar talian.

Honor Watch 4 dilengkapi dengan skrin panel AMOLED bersaiz 1.75-inch dengan resolusi 450 x 390 digunakan dengan kadar segar semula 60Hz. Ini digabung pula dengan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina, di samping pembesar suara terbina bagi tujuan panggilan yang boleh dibuat terus daripada pengelangan tangan. Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 14 hari, kemudiannya turut menyokong lain-lain spesifikasi seperti GPS, bluetooth 5.2 dan kalis air 5ATM.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd