LinkedIn Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna | Amanz
LinkedIn Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna
November 2, 2023
Microsoft
Web 2.0
Aman
LinkedIn, perkhidmatan sosial yang memfokuskan kepada golongan profesional dan mengintegrasikan pelbagai elemen melibatkan pekerjaan, hari ini mengumumkan telah mencapai lebih 1 bilion pengguna pada platform mereka.
LinkedIn yang dimiliki oleh Microsoft ini memaklumkan hampir 80% pengguna mereka adalah dari luar Amerika Syarikat. LinkedIn ditawarkan secara percuma, membolehkan pengguna memaparkan resume, disamping berkongsi pelbagai perkara berkaitan perkembangan kerjaya masing-masing.
Selain perkhidmatan percuma, LinkedIn juga turut menawarkan pelan berbayar yang menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk melihat siapa yang menyemak profil, dan lain-lain.
Dengan mencatatkan angka 1 bilion pengguna ini, kini LinkedIn turut berdiri setara dengan platform berbilion pengguna lain seperti Instagram, dan Facebook.