Carian
Vivo OriginOS 4 Berasaskan Android 14 Diumumkan Secara Rasmi
November 2, 2023 Effi Saharudin

Giliran Vivo pula melancarkan versi terkini sistem operasi mereka yang berasaskan Android 14. OriginOS 4. Sistem operasi ini menurut Vivo meningkatkan kepantasan melancarkan aplikasi sehingga 36% dan kelancaran animasi pula meningkat sebanyak 70%. Kemampuan kecerdasan buatan menerusi pembantu maya juga telah ditambah baik.

Ciri lain yang diperkenalkan ialah lebih banyak pilihan memperibadikan peranti mengikut kehendak individu. Penggunaan reka huruf Vivo Sans dikembangkan lagi dengan ia juga boleh diubah mengikut keselesaan mata pengguna. Sistem memori maya Memory Fusion 4.0 baharu mengawal penggunaan RAM dengan lebih baik.

OriginOS 4 akan diberikan kepada peranti di China menjelang penghujung 2023. Pada peranti pasaran antarabangsa, FuntouchOS akan terus digunakan. Pada waktu ini siri Vivo X100 akan menjadi yang pertama menggunakan OriginOS 4 yang akan dilancarkan pada 13 November hadapan.

Komen