Setiap tahun apabila keluarnya siri iPhone terbaru, kita dapat lihat hampir semua kedai pengedar-pengedar rasmi Apple dipenuhi dengan orang ramai yang menunjukkan minat terhadap telefon pintar ini. Macam kali ini, siri iPhone 15 telah dilancarkan. Ia sedang menjadi rebutan, laku macam pisang goreng panas yang perlu direbut cepat-cepat sementara stok masih ada.

Antara salah satu cara untuk anda dapatkan siri iPhone 15 ini adalah melalui langganan pelan telekomunikasi daripada syarikat penyedia rangkaian mudah alih di Malaysia. Yes 5G juga tidak terkecuali dalam menawarkan pakej pelan untuk siri iPhone 15 terbaru ini pada harga komitmen yang paling mampu milik di Malaysia untuk anda yang berminat.
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Siri iPhone 15 Melalui Langganan Yes 5G?
Padanan telefon pintar bersama langganan pelan internet sangat penting untuk kita dapatkan pengalaman penggunaan yang lebih menyeronokkan dan pada tahap optimum. Mana tidaknya, jika kita beli telefon pintar yang mahal sekalipun tetapi rangkaian internet pula bermasalah, tentu akan mengganggu kelancaran kehidupan seharian kita, bukan?

Oleh sebab itulah anda perlu dapatkan siri iPhone 15 terbaru ini melalui langganan internet daripada Yes 5G. Ini kerana Yes 5G telah menerima pengiktirafan daripada Ookla sebagai penyedia rangkaian mudah-alih terpantas di Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Mereka berada di tangga pertama bagi kategori kelajuan muat turun dan kelajuan muat naik jika dibandingkan dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia yang lain.
Selain daripada prestasi rangkaian mudah-alih Yes 5G ini, pelan yang ditawarkan juga boleh dikatakan berbaloi untuk dilanggan, terutamanya jika anda ingin dapatkan siri iPhone 15 bersamanya. Ini kerana, anda hanya perlu membayar pada harga bermula serendah RM21 sahaja setiap bulan untuk membolehkan anda memiliki sebuah iPhone 15.
Apa Yang Anda Dapat Melalui Pelan Ini?

Menurut Yes 5G, mereka menawarkan jumlah kos pemilikan untuk iPhone yang paling rendah berbanding syarikat telekomunikasi yang lain. Ini kerana Yes 5G mempunyai pembayaran ansuran bulanan paling rendah di Malaysia, tiada bayaran pendahuluan dikenakan dan ia juga mempunyai internet 5G berkelajuan tinggi tanpa had. Jadi, tiada had, hanya keseronokan yang berpanjangan yang anda boleh nikmati jika melanggan pelan daripada Yes 5G.

Harga bulanan yang anda perlu bayar setiap bulan untuk memiliki siri iPhone 15 ini bermula serendah RM21 sehingga RM321. Harga untuk peranti ini adalah bergantung kepada model peranti, saiz storan dan tempoh kontrak yang anda inginkan. Tempoh langganan kontrak juga agak fleksibel kerana anda boleh memilih kontrak sama ada inginkan kontrak untuk untuk tempoh 24 atau 36 bulan. Tetapi pelan ini tidaklah hanya terhenti kepada siri iPhone 15 sahaja kerana Yes 5G menawarkan pelan ini untuk anda yang meminati siri iPhone 13 dan keatas. Anda boleh layari laman rasmi Yes 5G untuk maklumat lanjut untuk melihat berapa komitmen bulanan yang perlu dibayar untuk model yang anda inginkan.

Namun, bagi anda yang masih lagi dalam fasa pertimbangan untuk bertukar talian, jangan risau kerana Yes 5G membuka peluang untuk anda mencuba sendiri rangkaian 5G mereka secara percuma selama 30 hari. Apa yang anda akan dapat sepanjang tempoh percubaan ini adalah eSIM percuma dan data dan kelajuan 5G tanpa had. Sepanjang tempoh percubaan, anda masih lagi boleh menggunakan pelan yang anda sedia langgan sekarang. Malah jika anda tertanya-tanya sama ada adakah anda akan dikenakan caj selepas 30 hari percubaan, jawapannya adalah tidak. Tiada bayaran akan dikenakan dan anda tidak perlu risau perlu membuat pembayaran selepas tempoh percubaan tamat. Ini kerana anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak daripada Yes 5G.
Kesimpulan

Jadi bagaimana? Jika anda sedang bertimbang tara untuk dapatkan siri iPhone 15 dan dalam masa yang sama inginkan komitmen bulanan yang boleh dikatakan agak Rahmah, langganlah pelan daripada Yes 5G. Pada harga permulaan serendah RM21 setiap bulan, anda boleh dapatkan pengalaman menggunakan siri iPhone 15 ini pada tahap optimum.
Cuba anda bayangkan, anda boleh membeli siri iPhone 15 pada harga langganan yang rendah, dan dalam masa yang sama boleh menikmati internet terpantas di Malaysia daripada Yes 5G. Bukankah ini sesuatu perkara yang anda paling inginkan? Jadi, tidak ada alasan lagi untuk anda menunda pembelian siri iPhone yang anda inginkan. Rasai sendiri seronoknya menggunakan telefon pintar baharu dan jadikan Yes 5G sebagai pilihan utama untuk langganan pelan internet yang anda inginkan. Bagi yang berminat boleh, dapatkannya melalui Yes Store atau Rakan Niaga Yes di seluruh Malaysia, sementara stok masih ada.
Penafian : Advertorial daripada Yes 5G