Kekal sihat dan aktif adalah penting buat kaum wanita. Selari dengan itu Amazfit Malaysia kini hadir dengan jam tangan baharu yang dikhususkan buat golongan itu untuk kekal cergas dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Dikenali sebagai Amazfit Active, ia dijual pada RM599 seutas dan boleh dibeli bermula esok iaitu 3 November 2023 menerusi pengedar sah Amazfit di seluruh Malaysia.
Dari aspek rekaan Amazfit Active menggunakan kerangka keluli tahan karat berbentuk segi empat bersama tali silikon. Skrin adalah sebesar 1.75-inci AMOLED dengan resolusi 390 X 450 piksel. Ini digabungkan pula dengan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina seperti pemantauan kadar degupan jantung, kualiti waktu tidur, ketepuan oksigen dalam darah, tahap tekanan semasa dan sebagainya.
Pada masa sama mod sukan terbina diberikan juga menyokong kebolehan pengesanan automatik untuk 7 sukan utama terpilih seperti larian, berjalan dan berbasikal. Turut disertakan ialah pembesar suara terbina bagi tijian panggilan bluetooth, penarafan kalis ar 5ATM dan bateri yang boleh bertahan 14 hari.