Carian
Google Chrome Tidak Lagi Disokong Pada Android 7.0
November 2, 2023 Fahim Zahar

Tahun lalu Google menamatkan sokongan pelayar web Chrome pada Android 6.0 Marshamallow. Terbaru, sokongan untuk Android 7.0/7.1 Nougat pula akan dihentikan. Kemas kini terakhir yang versi Android ini akan terima adalah Chrome 119.

Versi baharu Chrome 120 yang dijangka tiba pada 6 Disember ini akan mempunyai sokongan terhad kepada peranti Android 8.0 Oreo dan ke atas. Sehingga hari ini menurut statcounter, Android adalah sistem operasi paling popular dunia dengan pegangan pasaran mencapai 37.34%, sementara Chrome adalah pelayar web paling popular dengan pegangan pasaran mencapai 63.14%.

Bagi pengguna yang masih menggunakan peranti Android Nougat, usah risau kerana Chrome 119 masih boleh digunakan untuk jangka masa panjang sebelum risiko kerentanan sekuriti berlaku. Jika tidak, terdapat banyak lagi pelayar web yang masih boleh dicuba seperti Microsoft Edge atau DuckDuckGo.

Komen