Jam tangan Casio G-Shock sudah berusia 40 tahun. Ia adalah siri jam yang cukup ikonik dan sehingga ini masih popular di kalangan mereka yang menggemari jam yang tahan lasak. Bagi peminat tegar G-Shock, Casio kini menawarkan pula jam tangan mereka dalam bentuk pemadam.
Pemadam yang dihasilkan adalah berasaskan model DW-5600 dan dihasilkan sempena ulang tahun mereka yang keempat. Ia hadir beberapa bulan selepas Casio menawarkan siri jam ikonik mereka dalam bentuk cincin. Pemadam G-Shock ini ditawarkan dalam warna hitam, merah dan kuning dengan saiz 60% daripada saiz asal DW-5600.
Di Jepun pemadam G-Shock ini diberikan percuma dengan setiap pembelian jam tangan G-Shock. Malang sekali promosi ini hanya ditawarkan di negara matahari terbit pada waktu ini.