Carian
Samsung The Freestyle 2nd Gen Disenaraikan Pada Harga RM4,999 Di Malaysia
November 2, 2023 Amy Maizuraa

Projektor mudah alih Samsung The Freestyle 2nd Gen telah dilancarkan pada Januari yang lalu dengan sokongan penstriman permainan video dan paparan visual pada nisbah sehingga 29:3:9. Ia juga masih mengekalkan rekaan kompak yang pasti memudahkan dibawa atau dialih ke mana-mana.

Semakan menerusi laman web rasmi projektor ini sudah mula disenaraikan dengan harga jualan RM4,999 sebuah dengan pilihan warna Cloud White. Ia bagaimanapun hanya dibuka untuk sesi pratempah sahaja buat masa ini, yang kemudiannya penghantara adalah bermula 17 November 2023. Anda yang berminat boleh berbuat demikian menerusi laman web rasmi Malaysia sekarang.

Komen