Steel Series baru-baru ini telah memperkenalkan mikrofon baharu di bawah siri Alias iaitu Alias Microphone dan Alias Pro Microphone. Setiap mikrofon ini dikuasakan dengan perisian Sonas for Streamers dan menyasarkan para pemain permainan video yang menstrim kandungan secara langsung.
Alias adalah mikrofon dengan kondenser sebesar 1″ ClearCast yang adalah tiga kali lebih besar berbanding mikrofon pesaing dengan kemampuan rakaman audio 24 bit/48 KHz. Ia turut didatangkan dengan pengadun mikrofon yang asing pada Pro dan terbina pada model biasa. Pengadun ini membenarkan pengguna mengawal sehingga input audio secara serentak dan mengawal tahap audio secara terus.
Model Pro hadir dengan sistem RGB, sementara model biasa bergantung kepada sistem lima lampu LED. Mikrofon Alias menyokong sambungan secara USB sementara model Alis Pro pula menerusi sambungan XLR. Steel Series turut menggunakan cagak anti getaran bagi mengelakkan gangguan pada audio ketika ia sedang digunakan. Menurut Steel Series, Alias turut menggunakan sistem kecerdasan buatan untuk memastikan audio yang jelas dan terang.
Steel Series Malaysia menawarkan Alias pada harga RM1099 (tanpa pengadun dan sambungan USB-A), sementara Alias Pro pada harga RM1799 (dengan pengadun dan sambungan XLR). Perisian Sonar for Streamers pula ditawarkan secara percuma untuk kawalan tambahan.