Setiap kali iPhone baharu dilancarkan akan muncul jenaka insan ingin menjual ginjal kerana harga jualannya yang agak mahal. Hakikatnya sudah wujud kes pengguna menjual ginjal untuk memiliki iPhone beberapa tahun yang lalu.
Yes 5G hari ini menawarkan beberapa pelan pasca bayar Yes Infinite+ baharu yang membolehkan orang ramai memiliki iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Por dan iPhone 15 Pro Plus pada harga serendah RM21 sebulan. Ini adalah untuk iPhone 15 (128GB) menerusi langganan kepada pelan Yes Infinite+ Ultra 178 selama 36 bulan. Bagi yang inginkan model iPhone 15 Pro Max yang lebih mercu pula, ia boleh dimiliki dengan membayar RM81 sebulan juga menerusi langganan Yes Infinite+ Ultra 178.
Selain model terkini siri iPhone 15, Yes 5G turut menawarkan pelan untuk iPhone 14 dan iPhone 13. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan, harga serta terma dan syarat orang ramai boleh pergi ke laman web https://www.yes.my/iPhone/. Pelan kini boleh dilanggar menerusi rangkaian Yes Stores dan penjual rasmi Yes.