Carian
The Beatles Menerbitkan Lagu Baharu Dengan Bantuan AI
November 3, 2023 Effi Saharudin

Kugiran legenda The Beatles telah menerbitkan lagu baharu pertama mereka sejak 1995 yang dihasilkan menerusi bantuan kecerdasan buatan (AI). Seperti yang kami laporkan sebelum ini, mendiang John Lennon merakam sebuah demo menggunakan sebuah kaset sebelum meninggal dunia. Kualiti audio yang rendah menyebabkan audio yang dirakam tidak boleh digunakan untuk menghasilkan lagu.

Tetapi menerusi bantuan AI, Sir Paul McCartney dan Ringo Starr – dua ahli Beatles yang masih hidup – berjaya menyiapkan lagu Now and Then yang tergendala sejak 1995 akibat kekangan teknologi.

Idea untuk menyiapkan Now and Then dimulakan semula selepas dokumentari Get Back dihasilkan tahun lalu. Pengarahnya Peter Jackson menggunakan AI untuk memisahkan audio dengan lebih baik. AI yang sama digunakan pada rakaman kaset demo Lennon dengan suara mendiang berjaya diasingkan daripada audio latar.

Proses menghasilkan lagu terakhir The Beatles ini telah diabadikan dalam sebuah dokumentari pendek yang boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar atau YouTube.

Komen