Aplikasi Instagram terus meningkatkan cirinya bertujuan mewujudkan pengalaman interaksi lebih baik antara pengguna. Terbaharu ia muncul dengan kebolehan meletakkan lirik lagu pada Reels secara terus sewaktu suntingan berbanding manual sebelum ini.
Berfungsi sama seperti perkongsian lirik pada Stories sebelum ini, pengguna boleh menyertakan lirik lagu dengan hanya mengetik pada butang khusus yang disediakan. Pengguna kemudiannya boleh leret ke kiri untuk membuat tambahan lirik pada seseuatu Reels. Panjang lirik tidak pula dinyatakan tetapi dijangka boleh mencapai durasi asal Reels itu sendiri.
Dengan kemaskini baharu ini, ia membolehkan para pengguna Instagram memanfaatkan sepenuhnya ciri disediakan dalam meningkatkan daya kreativiti masing-masing. Pada masa sama turut memberikan arah tuju yang jelas mengenai fokus Instagram menjadikan platformnya lebih menarik.
Pada masa sama, Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram turut menyatakan bahawa ciri itu sudah mula dilancarkan. Namun ia dijangka diedarkan secara berperingkat memandangkan kami sendiri masih belum menerimanya.