Anda mahukan bukti ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya? Minggu ini beberapa syarikat ternama mengumumkan penyata kewangan mereka untuk Q3 2023. Rata-ratanya mencatatkan penyusutan berbanding suku sama tahun lalu. Apple turut terjejas dengan pengurangan pendapatan 2.5% berbanding Q3 2022.
Hanya perniagaan iPhone dan perkhidmatan mencatatkan peningkatan 2.8% dan 16.3%. Sementara itu perniagaan komputer Mac menyusut 34% dan iPad pula susut 10%. iPhone sahaja mencatatkan pendapatan $43.81 bilion manakala perkhidmatan pula $22.35 bilion. Ini dibantu oleh sambutan yang baik terhadap siri iPhone 15 dan harga langganan Apple One, Apple Cloud, Apple TV+ dan Apple Music yang dinaikkan baru-baru ini.