Carian
Poco C65 Kini Rasmi Dengan Cip Helio G85 Dan Kamera 50MP – Harga Bermula RM499
November 6, 2023 Amy Maizuraa

Poco C65 akhirnya diumumkan secara rasmi semalam sebagai peranti kelas permulaan baharu di pasaran. Ia menjadi kesinambungan untuk Poco C55 sebelum ini dengan skrin, kamera dan sistem pengecasan yang dinaiktaraf.

Harga jualan di Malaysia bermula RM499 (6GB/128GB) secara eksklusif di Lazada, sementara itu varian lebih besar 8GB/256GB pula berharga RM599 menerusi Shopee. Menariknya lagi apabila ia turut boleh dibeli dengan harga promosi serendah RM429 (6GB/128GB) dan RM549 (8GB/256GB) untuk masa terhad.

Poco C65 dilengkapi dengan skrin IPS LCD 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ini digabungkan juga dengan cip MediaTek Helio G85, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri 5,000 disertakan boleh dicas semula menggunakan port USB C dan sistem pengecasan 18W. Kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP turut digunakan bagi melengkapkan lagi peranti ini.

Komen