Cari @ Amanz

Google Meet baru-baru ini telah menerima kemas kini dengan tambahan ciri On-the Go. Ia adalah ciri yang mengubah antaramuka aplikasi Google Meet apabila peranti mengesan pengguna sedang bergerak seperti di dalam kereta, sedang berjalan atau sedang berada di dalam pengangkutan awam.

Mod On-the Go ini membawakan rekaan butang-butang gergasi berbanding biasa. Terdapat lima butang utama iaitu Show presentation (tekan untuk melihat perkongsian skrin), Mute (membisukan mikrofon), Raise (angkat tangan untuk bertanya soalan), Audio (laras suara) dan butang mematikan sesi telesidang.

On-the-Go akan keluar secara automatik dan pengguna diberikan masa sekitar 3 saat untuk memilih memasuki mod ini atau kekal menggunakan mod biasa. Mod ini boleh digunakan oleh semua pengguna Google Meet tidak kira pada iPhone atau Android.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd