Sejak beberapa minggu ini, proses perbicaraan melibatkan Google berlaku – melibatkan sama ada mereka memonopoli pasaran melalui enjin carian atau sebaliknya. Selari dengannya, pelbagai pihak turut memberikan keterangan mereka.
Salah satunya adalah Mozilla. Seperti ramai sedia maklum, Mozilla mempunyai perjanjian dengan Google sebelum ini – dimana Mozilla akan menyertakan enjin carian Google sebagai enjin carian utama pada pelayar web Firefox. Sebagai balasan, Google akan membayar sejumlah wang kepada Mozilla.
Namun, pada tahun 2014 lepas, Mozilla telah didatangi oleh Yahoo dengan penawaran bayaran lebih tinggi – membuatkan Mozilla beralih dari Google kepada Yahoo. Berkongsi mengenainya, pihak Mozilla melihat perkara berkenaan sebagai suatu “kegagalan”.
Walaupun menerima bayaran lebih tinggi, namun penggunaan enjin carian Yahoo! membuatkan pengalaman penggunaan Firefox merosot. Ini turut membawa kepada sejumlah pengguna yang mula meninggalkan pelayar web berkenaan.
Mozilla seterusnya beralih kembali kpeada Google pada 2017.
Tetapi, pada hari ini, Mozilla dilihat menghadapi cabaran dalam arena mudah-alih, memandangkan pengguna iPhone ditawarkan dengan Safari secara terbina, sementara pengguna peranti Android pula disediakan dengan Google Chrome secara terbina.
- Sumber
- Bloomberg