Carian
Elon Musk Memperkenalkan Pesaing Kepada ChatGPT Dinamakan Grok – Masih Pada Peringkat Beta Awal
November 5, 2023 Aman

Elon Musk hari ini secara rasminya memperkenalkan chatbot yang dibangunkan dibawah firma xAI, dinamakan Grok. Grok dilabelkan sebagai produk yang masih pada peringkat beta awal, dan direkabentuk untuk menjawab pelbagai pertanyaan dengan integrasi jenaka sedikit.

Seperti dikongsikan sebelum ini, Grok turut hadir dengan integrasi informasi masa-nyata yang diintegrasikan melalui platform X. Buat masa ini, ia dilatih hanya selama dua bulan sahaja – dan dijangka akan terus ditambah-baik dalam minggu-minggu akan datang.

Pasukan xAI menyasarkan Grok untuk terus berkembang, dan turut membantu dalam pelbagai perkara – termasuk melibatkan penyelidikkan dan inovasi. Matlamat utama Grok ini dikatakan adalah dalam membantu pemahaman berkenaan pelbagai perkara.

Grok buat masa ini ditawarkan secara terhad kepada sejumlah pengguna kecil di Amerika Syarikat – dalam mendapatkan pelbagai maklumbalas berkaitan dengan kebolehan dan penggunaannya. Bagi yang berminat, boleh mendaftar minat pada senarai menunggu di laman rasmi Grok. Pendaftaran minat dilakukan melalui akaun X sahaja buat masa ini.

Komen