Samsung telah melancarkan sensor kamera baharu ISOCELL GNK sebesar 50 Megapixel. Sensor ini adalah penambahbaikan kepada sensor ISOCELL GN1 yang dilancarkan awal tahun ini. Ia masih mengekalkan saiz fizikal 1/1.3″ serta mempunyai saiz pixel 1.2-mikron serta sistem pemfokusan Dual Pixel Pro.
Kemampuan mod malam dipertingkatkan pada GNK dengan julat dinamik sehingga 102dB. Gambar boleh diambil dalam mod warna 14-bit sementara video pula adalah sehingga 8K 30FPS. Terdapat juga kemampuan 4K 120FPS dan FHD 240FPS. Samsung belum mengesahkan peranti pertama yang akan menggunakan sensor ini tetapi secara lazimnya Xiaomi akan menjadi pelanggan pertama.