Cari @ Amanz

Pada mulanya saya rasakan saya seorang sahaja mengalami masalah ini, di mana bateri Apple Watch Ultra saya habis dalam masa kurang dua hari. Sebelum ini boleh mencapai tiga hari walaupun dengan eSIM diaktifkan. Selepas melakukan semakan, watchOS 10.1 adalah dalangnya dan ia terkesan kepada ramai pengguna Apple Watch lain.

Laman 9to5Mac melaporkan yang isu ini terkesan kepada pengguna Apple Watch Series 4 sehinggalah model baharu Ultra 2 dan Series 9. Sumber menyatakan yang Apple telah mengambil tahu akan isu ini dan bakal mengedarkan kemas kini watchOS baharu bagi menyelesaikan masalah bateri jam yang cepat habis.

Saya mengharapkan kemas kini ini akan mengembalikan ketahanan bateri yang lama pada Apple Watch Ultra saya. Anda bagaimana, Apple Watch mana yang anda gunakan mengalami masalah bateri?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd