Carian
MediaTek Dimensity 9300 Diperkenalkan Dengan Binaan 4nm
November 6, 2023 Aman

MediaTek kini memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa tinggi terbaharu mereka secara rasminya, iaitu MediaTek Dimensity 9300. Cip ini dijangka akan menguasakan beberapa telefon mercu baharu yang akan diperkenalkan bermula bulan November 2023 ini.

Dimensity 9300 hadir dengan binaan cip 4-nanometer, hadir dengan empat teras Cortex-X4 pada kelajuan 3.25Ghz, yang disatukan bersama empat teras Cortex-A720 pada kelajuan 2.0Ghz.

Cip baharu ini menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi dan lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini, dan turut hadir bersama GPU Immortalis-G720. Ia turut menawarkan sokongan ray-tracing ketika permainan. Mengikut beberapa ujian tanda aras baharu, ia memperlihatkan prestasi lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 3 yang baru dilancarkan Qualcomm.

Melengkapkan cip ini juga adalah sokongan pemprosesan kecerdasan buatan melalui APU790 – membolehkan pelbagai perkomputeran melibatkan kecerdasan buatan dilakukan terus pada peranti.

Cip baharu ini juga lebih menjimatkan tenaga berbanding sebelum ini, disamping menyertakan sokongan paparan 4K, rakaman video 4K HDR, WiFi 7 sehingga 6.5Gbps, serta sokongan 5G.

MediaTek menyatakan telefon pertama menggunakan Dimenstiy 9300 ini akan hadir ke pasaran tidak lama lagi.

Komen