Carian
WeWork Memfailkan Notis Bankrap Di Amerika Utara
November 7, 2023 Effi Saharudin

Seperti yang diramalkan minggu lalu, syarikat menyewa ruangan kerja WeWork telah memfailkan memfailkan notis perlindungan kebankrapan Chapter 11 untuk perniagaan mereka di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia turut mendedahkan syarikat sedang menanggung liabiliti antar $10 bilion hingga $40 bilion.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh WeWork pagi ini, CEO syarikat David Tolley berkata mereka masih komited dalam pelaburan produk, perkhidmatan dan kepada kakitangan dengan penstrukturan semula akan dilakukan bersama dengan proses rasionalisasi portfolio yang disewa sedang dilakukan. WeWork akan beroperasi seperti biasa di seluruh dunia pada waktu ini.

Syarikat ini pernah mencapai nilai $47 bilion dan menerima pelaburan besar daripada Softbank. Pengurusan yang lemah, pandemik dan kurangnya permintaan untuk ruang kerja fizikal menyebabkan operasi syarikat terjejas. Ini menjurus kepada saham syarikat menjunam sehingga 10 sen sahaja pada suatu ketika.

Komen