Carian
Pengeluaran Tablet Dan Chromebook Terus Menurun Pada Q3 2023
November 7, 2023 Amy Maizuraa

Aktiviti pasaran tablet mencatatkan sebanyak 33.2 juta penghantaran pada suku ketiga 2023, menurun sebanyak 14.2% berbanding yang direkodkan pada suku sama tahun lalu, menurut laporan International Data Corporation (IDC). Dalam masa sama, aktiviti pasaran Chromebook turut mencatatkan penurunan sebanyak 20.8% dengan jumlah penghantaran 3.5 juta unit, namun berpotensi kekal konsisten disebabkan oleh peningkatan permintaan terhadap produk dalam segmen pendidikan.

Mengulas berkaitan laporan tersebut Apple, Samsung dan Lenovo adalah tiga pesaing teratas dalam pasaran tablet. Meskipun merosot 15.1% dari tahun ke tahun, namun Apple masih menjadi peneraju dalam segmen itu dengan penghantaran sebanyak 12.5 juta unit. Kemudiannya diikuti dengan Samsung dengan penghantaran sebanyak 6 juta unit pada suku Q3 2023 dan menduduki tangga kedua keseluruhannya. Lenovo dan Huawei pula berada di kedudukan ketiga serta keempat dengan penghantaran masing-masing sebanyak 2.6 juta dan 2.3 juta unit.

Sementara itu pasaran Chromebook pula diterajui oleh Acer dengan pegangan terbesar 28.3% pasaran diikuti oleh HP (19%), Dell (19%), Lenovo (18.2%) dan Asus (6.4%). IDC turut meramalkan bahawa pasaran Chromebook berpotensi meningkat, tambahan pula dengan pengenalan kategori baharu Chromebook Plus sebelum ini yang bukan sahaja dikuasa pemprosean tinggi, malagan tuurut dikuassksn kecerdasan buatan.

Komen