Aplikasi WhatsApp terus meningkatkan cirinya bertujuan memberi pengalaman terbaik buat pengguna, dan terbaharu bakal muncul dengan kebolehan membuat tinjauan pada Channels. Ianya dikenali sebagai Channel Polls yang membolehkan pentadbir (admin) membuat tinjauan serta mengambil maklum mengenai pendapat umum.

Turut dikhabarkan ciri tersebut kelak boleh mengehadkan respon daripada komuniti kepada satu pilihan sahaja. Ia kelak amatlah berguna bagi pentadbir memahami lebih mendalam mengenai pendapat komuniti masing-masing. Bukan itu sahaja, ia turut boleh bantu meningkatkan penglibatan komuniti masing-masing dalam menjadikan sesebuah Channel itu lebih menarik.
Di samping kebolehan membuat tinjauan, WhatsApp dikatakan bakal menambah penawaran pelekat pada Channels. Kedua-dua kebolehan ini bagaimanapun masih di peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.