Cari @ Amanz

Ciri integrasi AI pada aplikasi harian semakin meningkat tahun ini. Terbaru YouTube melakukan dua ujian menggunakan AI dapat bentuk chatbot dan melakukan ringkasan kepada komen-komen yang ditinggalkan penonton. Menerusi ciri chatbot, penonton boleh bertanya mengenai apakah kandungan video yang ingin ditonton. Menerusi jawapan yang diberikan penonton boleh memilih untuk terus menonton video atau menghentikannya sebelum membazirkan data internet.

Seterusnya ciri ringkasan komen pula mengkategorikan komen berdasarkan komen yang ditinggalkan. Kepada pemilik video, ia boleh memberikan idea apakah yang gemar dibincangkan oleh penonton dan mungkin boleh melihat idea yang ditinggalkan mereka tanpa perlu membaca kesemua komen.

YouTube berkata ciri ini boleh digunakan oleh pelanggan YouTube Premium hari ini sehingga 5 Disember dengan ia menyokong Bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd