Carian
Saluran Telegram Kini Boleh Mengadakan Giveaway – Langganan Premium Sebagai Hadiah
November 7, 2023 Fahim Zahar

Bukan satu perkara baharu untuk mengadakan acara giveaway melalui Telegram. Sudah banyak yang saya lihat melakukannya sama ada dengan bantuan bot atau secara manual. Terbaru, Telegram telah memperkenalkan ciri Giveaway untuk saluran dengan langganan Telegram Premium sebagai hadiah.

Menurut Telegram, ciri ini adalah untuk mempromosikan lagi saluran dan juga menambahkan lagi peserta saluran. Giveaway ini juga adalah cara pemberian hadiah percuma dengan lebih teratur, pemenang dapat disahkan serta adil kerana pemilihan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Setiap saluran boleh melakukan giveaway ini dengan memilih sendiri durasi, jumlah pemenang, siapa yang layak menyertainya atau negara mana. Bukan itu sahaja, setiap hadiah langganan Telegram Premium yang diberikan kepada pemenang saluran akan menerima 4 boost yang mana lebih banyak dikumpul lebih banyak ciri kustomasi akan dinyahkunci.

Selain langganan premium, pentadbir saluran turut boleh menyertakan hadiah lain seperti kereta, telefon dan lain-lain. Hadiah boleh dibeli di laman Fragment untuk jumlah yang lebih banyak atau belian dari dalam aplikasi seperti App Store dan Play Store dengan jumlah terhad.

Komen